Monday, August 22, 2011

BULAN Jatuh Ke Riba Setelah Jatuh Ditimpa TANGGA,,







Salam Ramadhan,,


Setelah lama gua tunggu, akhirnya hasrat yang tak kunjung tiba tu muncul gak hari ni. Puas hati gua, haha.



*nah,,amik korang,,sbanyak-banyaknya nasi arab


Tiba-tiba student Malaysia yang ada kat Irbid ni dijemput pulak ke rumah salah seorang ahli parlimen Jordan untuk berbuka puasa. Gua rasa untung pulak tak balik kali ni. Sorry lah member-member kat Malaysia tuh, haha.



*gua bersama kambing yang comel,,memang tak kasi chan punye!!

Alhamdulillah rezeki Ramadhan orang kata. Walaupon gua dilanda kebosanan melampau disebabkan housemate semua pulang ke tanah air, gua berpeluang pulak berbuka a.k.a MELANTAK kat rumah YB arab nih, huhu.



*lu orang tengok la sendiri dia punya lorong,,kahkah^^


Mende kalau dah namanye makan free, apa pon sedap, haha. Apa pon, walau gua dah bantai makan ala-ala haram, gua and the gang masih lagi punye perasaan untuk menghadiahkan YB nih sehelai dua lagu-lagu selawat  dari Raihan, hehe.

*memang pancit lah, kalau dah makan baru nak melalak,,hehe


Terasa kemurah hatian arab-arab Jordan ni time Ramadhan. Bahagia je gua rasa. Kalau tak asik nak menipu je, hihi. Gua pon rasa jelous pulak ngan kemurahan hati diorang. Sikap pemurah ni memang patut dicontohi. Lagi-lagi di bulan yang mulia ni. Lu orang janagan takot, pasal Nabi S.A.W dah sebut jelas dalam hadith, takkan habisnye duit lu orang sebab sedekah. Kalau sebab belanja awek mungkin boleh habis kot, kahkahkah.



*bergambor ngan YB ni yang penting,,hihi


Ni haa Hadith tu. Karang lu orang cakap gua menipu pulak, hehe.

         
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” 
 
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)


Sekian,,Selamat mencari lailatul qadr~

No comments:

Post a Comment