Sunday, August 28, 2011

| Dunia di Tangan Baby,,





Salam Ramadhan,,




*haa,,tu dia,,giant baby,,huhu


 Gua tengok dunia hari ni makin pantas tau. Tak tau la pasal apa. Kalau gua nak buat flash back sikit lah, punya lah jauh rasanye 'gap' antara gua time baby-baby dulu ngan baby-baby sekarang ni. Kalau dulu gua bersama crews yang lain main apa je, bola sepak atas tar, abes koyak-koyak kaki. Lepas tu lagi best tak yah pakai selipar pon, LAGI KOYAK, haha.



*style gak gaya nih,,three in one,,nak tiru lah.


  Sekarang lu orang boleh buat rileks je main bola sepak dalam umah kan!! haha. Mak-mak pon tak de nya nak marah, bukan nya pecah pasu, pinggan, gelas pon. Hasilnya lu orang kaki bangku + spec mata tebal cam kulit buku hard cover tu + bil eletrik melampau-lampau. Canthek!!



*yang penting contohi brader ni,,dia rajin gosok gigi,,putih je,,hehe


  Ni lagi satu. Umur baru empat lima tahun dah pandai suruh mak bapak beli menda nih. Baik lah beli basikal ke troli ke kereta sorong ke, kan kan kan!! haha. Gua dulu nak pakai komputer pon tak de. Handphone apatah lagi. Nak pakai 3310 pon payah. Memang lu orang baby-baby millenium. Kalau tak maju jugak negara, gua pon tak tau nak cakap apa lagi lah.



  Kadang-kadang gua takut jugak tengok baby-baby millenium ni, nanti dah tak reti nak bermasyarakat sebab asyik main game tak keluar-keluar rumah. Gua ingat lagi ustazah gua cakap time sekolah dulu, "kalau saya dulu, umur tujuh tahun pun tak tahu baca lagi sebab pergi sekolah main je manjang. Cikgu pon tak kesah. Tapi sekarang baby-baby ni kecik-kecik comel lagi da kena baca buku banyak-banyak. Tuisyen lagi,".




*tengok lah sendiri otak orang dulu-dulu,,diorang banyak makan sayur,,haha



  Dari satu sudut gua tengok bagus lah baby-baby ni dapat membaca, mengira, menulis pada usia muda. tapi kalau lu orang tengok dari datu sudut lain, live skills baby-baby ni akan berkurang sebab tak banyak menda yang praktikal diorang buat. Semuanya teori, teori , teori, lepas tu konspirasi. Sebab tu kalau lu orang tengok orang dulu-dulu kreatif, cipta itu cipta ini, orang sekarang cuma boleh nak penambahan je, cipta tarak!! Apa pon tak boleh lah.


Sekian,,

Saturday, August 27, 2011

Merempat,,






Salam Ramadhan,,



  Lu orang kan biasa dengar tak perkataan ni, 'MEREMPAT' . Haha, ni gua nak kasi story sikit nih. Dua hari lepas, gua cam biasa lah jalan kaki nak pegi masjid untuk solat taraweh. Tiba-tiba member gua sorang ni rasa cam tak selesa je ke masjid tanpa jubah a.k.a. 'Baju Ostat- ostat' , so dia mintak la kunci umah gua memandangkan baju ostat dia tu ada dalam rumah gua. Gua pon dengan penuh berbesar hati kasi lah kunci tu kat dia.



*Ni la baju ostat yang gua cakap tadi. Gambar gua rembat internet. Tu yang berharga bagai tuh. Haha




  Selesai je solat taraweh lapan rakaat gua pon gerak la nak balik rumah, gua bajet membe gua ni dah balik umah gua sebab dia pegang kunci. Sekali dia pon dah tak muncul-muncul. Gua pon apa lagi nganga je lah kat tangga depan umah tuh. Chantek, haha. Gua call banyak kali tak dapat, maka bermulalah hidup sebagai perempat malam tu.



*akhirnya gua merempat di tangga rumah sendiri. Hampeh betoii!!


  Setelah sekian lama berada di tangga kemudian bergerak ke kedai minum kemudian kembali berada tangga tu, akhirnya member gua sorang lagi sampai. Gua tak tunggu lama lah, kalau dia tak offer lepak umah dia pon gua nak mintak, haha, tak malu betul kan. Bak kata pepatah seorang member gua, "Apa guna ada member kalau tak susahkan dia,". Hehe.




*dapat gak la sekali gua merasa kehidupan tak berumah cam brader-brader nih.


   Kadang-kadang nikmat yang ada depan mata ni kita memang tak nampak. Bila dah hilang sekali baru nak sedar. Allah tarik sikit je dari kita kadang-kadang, tapi kita punya merungut + menyumpah + melatah bukan main lagi. Macam lah dunia ni kita yang punya.Gua pon tak paham la manusia ni, memang tak akan pernah cukup + tak reti-reti nak bersyukur. Tak yah cakap banyak, gua pon malam tu dah berapa banyak menyumpah. Tak patot betul!!
 

  Bacalah ayat ni sekadar renungan terutamanya gua yang menulis nih, huhu.

Salam Syukur,,







And [remember] when your Lord proclaimed, 'If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.' "


Monday, August 22, 2011

BULAN Jatuh Ke Riba Setelah Jatuh Ditimpa TANGGA,,







Salam Ramadhan,,


Setelah lama gua tunggu, akhirnya hasrat yang tak kunjung tiba tu muncul gak hari ni. Puas hati gua, haha.



*nah,,amik korang,,sbanyak-banyaknya nasi arab


Tiba-tiba student Malaysia yang ada kat Irbid ni dijemput pulak ke rumah salah seorang ahli parlimen Jordan untuk berbuka puasa. Gua rasa untung pulak tak balik kali ni. Sorry lah member-member kat Malaysia tuh, haha.



*gua bersama kambing yang comel,,memang tak kasi chan punye!!

Alhamdulillah rezeki Ramadhan orang kata. Walaupon gua dilanda kebosanan melampau disebabkan housemate semua pulang ke tanah air, gua berpeluang pulak berbuka a.k.a MELANTAK kat rumah YB arab nih, huhu.



*lu orang tengok la sendiri dia punya lorong,,kahkah^^


Mende kalau dah namanye makan free, apa pon sedap, haha. Apa pon, walau gua dah bantai makan ala-ala haram, gua and the gang masih lagi punye perasaan untuk menghadiahkan YB nih sehelai dua lagu-lagu selawat  dari Raihan, hehe.

*memang pancit lah, kalau dah makan baru nak melalak,,hehe


Terasa kemurah hatian arab-arab Jordan ni time Ramadhan. Bahagia je gua rasa. Kalau tak asik nak menipu je, hihi. Gua pon rasa jelous pulak ngan kemurahan hati diorang. Sikap pemurah ni memang patut dicontohi. Lagi-lagi di bulan yang mulia ni. Lu orang janagan takot, pasal Nabi S.A.W dah sebut jelas dalam hadith, takkan habisnye duit lu orang sebab sedekah. Kalau sebab belanja awek mungkin boleh habis kot, kahkahkah.



*bergambor ngan YB ni yang penting,,hihi


Ni haa Hadith tu. Karang lu orang cakap gua menipu pulak, hehe.

         
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.” 
 
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)


Sekian,,Selamat mencari lailatul qadr~

Sunday, August 21, 2011

Mana pulak hala tuju lepas nih??

salam ramadhan,,

punya lama gua carik semangat untuk hidupkan blog ni akhirnye telah di"boost"kan oleh adek gua,,haha
jeles gua tgok adek gua blogging,,gua melangak je,,haha,,amacam ni abg long???


perghh,,


ari ni sayu beb,,sume bdak-bdak da blah g umrah,,
insyaAllah umrah maqbuulah,,hehe


*time melantak bukak pose kat korean garden, amman ari tuh,,


*umrah maqbuulah ya shekh,,

so,,sekarang ni gua memang lonely abes r,,huhu,,housemate pon da lama chow balik malaysia,,


ada lah diorang kat dalam tuh,,gua pon tak nampak sangat sebab tak pakai spec nih,,kahkahkah,,
apa-apa pon perjalanan hidup gua mesti diteruskan,,Ramadhan dah nak sampai ke puncak,,
harap-harap gua tergolong lah dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa tuh,,

Sekian,,