Saturday, November 19, 2011

Selamatharijadi, Sanahhelwah, Happybirthday |




Salam,,



  Hari ni gua nak post special untuk ibu tercinta gua, HAJJAH MARIAM BINTI HAJI MOHD NOR bernombor kad pengenalan 621120-05-5244 (*ingat lagi tuh~hehe). Hari ni genaplah umurnya 49 tahun (*tak tua lagi lah, akhir belia), huhu.


*kek ni pun boleh lah kan???huhu~

  Gua masih ingat lagi pesan ibu time beliau hantar gua dekat KTM Rawang, dan gua akan terus sentiasa ingat. Pesanan simple je, tapi beliau tak pernah lupa pesan. Setiap kali gua salam je, terus beliau sebut tiga perkara ni :-
                    1- Belajar betul-betul
                    2- Solat jangan lupa
                    3- Jangan buat benda tak senonoh
Kadang-kadang gua kelakar jugak dengar pesanan yang ketiga tu, tapi itulah yang penting, hehe.



  Gua yakin dan percaya yang lu orang punya hidup, konfem banyak dipengaruhi oleh ibu-ibu lu orang kan. Kalau tak, gua tak tahu lah, yang penting dari langkah pertama hidup gua memang ibu gua banyak mempengaruhi gua. Beliau seorang yang sangat simple, dulunya garang, tapi sekarang dah sporting,huhu.

  Masa kecil-kecil dulu kan, gua pernah masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris, gua dapat johan dan jadi famous sekejap, walaupun baru darjah satu. Gua pergi mana-mana je semua abang dan kakak darjah 6 suruh gua bercerita, gua pun tanpa segan silu buat sebijik macam atas pentas tu, haha. Gua johan, gua famous semuanya bermula daripada jurulatih tetap gua, my mom, huhu. Thanks mom~





  Ibu gua jugak lah orang yang mula-mula ajar gua ngaji al-Quran, dari alif ba ta sampai lah muqaddam sampai lah iqra' sampai lah ke al-Quran. Bila gua ngaji je kat ustaz-ustaz atau pakcik-pakcik, ramai yang cakap, "Bagusnya awak baca Quran, siapa yang ajar?? " . Siapa lagi, IBU gua lah, huhu. Beliau memang keras sikit ngajar Quran ni, gua pun tension jugak kadang-kadang, tapi hasil dia....



*gua boleh ngaji dengan baik~


  Gua tengok, ramai budak-budak atau member-member gua sendiri tension pasal pelajaran walaupun bagi gua, markah dorang tu dah ok. Bila gua tanya apa pasal, dorang jawab, " nanti mak aku bising lah, ". Gua sentiasa bahagia bersama bondaku, sekalipun beliau tak pernah pressure gua, cool je. Thanks again mom.

  Sekarang ni gua study kat Jordan, budak-budak kat sini banyak yang kenal gua sebab gua boleh masak. Semuanya bermula sebab gua suka tengok ibu masak, masakan yang sentiasa simple, cepat, mudah dan lazat, haha. Sebab Ibu gua lagi~


*kemana tumpahnya kuah??


  Saat gua terima tawaran untuk belajar di Jordan dulu, menyusul pulak tawaran daripada UIA. Gua dah memang rasa syok sebab dapat study oversea, ibu boleh pulak cakap macam ni, " Study UIA je lah long, senang ," . Gua tau ibu banyak benda nak harap daripada gua, namun beliau relakan je gua belajar kat Jordan. Syukran Ummi~
 

  IBU, daku selalu mengharapkan doamu senantiasa mengiringi perjuanganku ini, moga-moga diriku bisa menjadi hamba bertaqwa, anak yang baik, insan yang bermanfaat~

~S.e.l.a.m.a.t.H.a.r.i.L.a.h.i.r~
  Teruskan mendidik anak-anakmu,,


Sekian,,

Wednesday, November 16, 2011

| Buat Adindaku~

Salam,,




*kalau depan komputer memang serius lah kan~huhu


  Pertama-tamanya, gua tahu hari ni keluar result UPSR. Adik gua yang kat depan komputer tu punya result lah kan, haha. Gua kenal adik gua ni bukan seorang yang rajin sangat nak study (*padahal gua pun sama), tapi banyak bakat lain ataupun kebolehan yang terdapat pada adinda gua yang ni, hehe.


*tahniah lah untuk brader ni walau kita tek pernah mengenali. haha


  Buat adindaku, MUHAMMAD ZUBAIR BIN SA'MIN, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menciptakan sesuatau makhluk itu untuk membinasakannya, apatah lagi kita manusia sebaik-baik ciptaan juga khalifah di muka bumi ini.


*tengok ayat nombor 4 tu ya~


  Sehingga saat ini kekanda masih belum mengatahui result adinda berapa, namun apapun keputusan yang telah diterima, sujudlah tanda syukur, sentiasalah lakukan koreksi diri, supaya tidak tersasar dari jalan-NYA.
Setiap jiwa yang dilahirkan tidak akan pernah sama, dan setiap jiwa itu jua mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk kita saling melengkapi.





  Sesungguhnya akademik bukanlah kayu ukur sebenar untuk kehidupan seseorang insan yang mulia. Biarpun impaknya besar dalam kehidupan hari ini. Carilah di mana kekuatan dirimu adindaku, lalu asahlah ia sebaiknya. Daku tidak pernah berharap untuk melihat adinda berjaya semata dalam akademik, namun kecundang secara kesuluruhan dalam akhlak dan perdaban.


"DAKU SENTIASA MENDOAKANMU"

Sekalung tahniah kerana berjaya samapai ke tahap ini~

Sekian,,

Tuesday, October 18, 2011

Sibuk gila maaa !!! |

Salam,,

  Salam Zulhijjah lah dekat lu orang. Gua nak ucap salam AidilAdha pun macam dah lambat sangat je kan, huhu. Gua pun tak tahu berapa lama dah tak update blog ni. Manyak sibuk maaa!!!


*comel kan lembu ni, mooo, mooo. haha~

  Banyak benda lah gua buat sepanjang berapa lama gua tak update blog ni. Masak untuk majlis-majlis sikit, tolong member-member la katakan. Lepas tu ada exam pulak, gua dah lah memang jenis study last minute (*bila nak berubah pun tak tahu lah), haha. Doa-doa kan lah gua~


*nah korang! 40 kg beras nih. ghabak gua~hehe


  Hidup pun makin mencabar, gua pun dah semakin tua. Semakin memahami dunia fana ni. Banyak juga cerita-cerita suka duka yang gua dengar dari member-member seperjuangan. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan. Iya dok?? haha. Teman bergelak-tawa bersepah, teman bersusah-payah entah lah~
 


*kawan lah segalanya sepanjang di perantauan ni bagi gua~

  Gua rasa kan, hidup kita ni memang kena sentiasa sibuk. Mana taknya, kita hidup sekali je tau, kadang-kadang tu gua rasa macam nak jadi semua benda, nak buat semua kerja, nak jadi semua orang, hahahha. Dunia oh dunia~
 

*jadi lorry driver pun layan apa?? hehe

 
  Entah apa benda gua merepek pun dah tak tau dah, hahaha. Apa-apa pun cerialah selalu~
Cubalah fahami nasihat ustaz gua ni, nak faham tu memang mudah tapi nak praktik tu, memang penat jugak lah orang kata..

"BUATLAH APA YANG KITA PERLU, BUKAN APA YANG KITA MAHU"

Sekian,,,


Sunday, September 18, 2011

| Lipas sama macam kucing???



Salam,,



   Haaaaaa! Pening juga masa gua mula-mula dengar statement ni. Biar betul pak cik ni? gua bermonolog dalaman je lah. 



*waaaah! comelnya~







*lipas dua sejoli~




   Lu orang tengok lah sendiri mana persamaannya?? Gua pun dah mati akal cari titik persamaan antara dua spesies ni. Gua dapat statement " lipas sama je macam kucing kamu tahu? " dari seorang pakcik yang study bahasa arab kat pusat bahasa dalam universiti. Gua tak puas hati, tanya lagi sekali. " Eh, betul! Saya baca dalam buku lah benda tu, " pakcik tu reply. Alamak jammed gua.




*terima kasih banyak la pakcik~


  Pakcik ni bukan sebarang pakcik tau, walaupun nampak sempoi je. Gua kasi la sikit biodata pakcik ni untuk tatapan lu orang.

  Nama : Che Hussain bin Jusoh
  Pendidikan : Degree + Master di Hull, UK.
  Pekerjaan : Director, Business and Financial Advisory di Atarek Kamil Ibrahim & Co
  Sebab datang ke Jordan : Belajar bahasa arab di markaz lughah


  Gua memang respect abes la pakcik ni sbb dia boleh duduk gaya student cam gua and member-member lain walaupun dia pasti hidup mewah kat Malaysia. Lepak sekali pastu kadang-kadang 'sentap-menyentap' sekali, haha.


*semua khusyuk fikir macam mana nak dapat modal ratus2 ribu untuk beli saham!!


  Serabut gua pagi tu kemas umah sebab nak buat talk ni, haha. Bujang biasa la kan, lepas tu member-member gua pon selalu datang lepak, memang tongkang pecah la kan!! Gua still rasa seronok sebab ada member-member nak datang lepak walaupun bersepah sikit, haha.



*gua kejang sebentar bila dengar kucing sama macam lipas, hehe~


  Pulak dah!!! Kemana-mana dah gua menyimpang ni. Nak citer pasal lipas ngan kucing tak start-start lagi, huhu. Takpe lah, apa-apa pon, lipas yang kite sangka kotor dan jijik tu serangga yang sering membersihkan dirinya sama seperti kucing.


  Lu orang baca lah sendiri kat link-link ni. Malas pulak gua nak tulis panjang-panjang, haha.

http://blog.hmns.org/?tag=cockroaches-are-clean

http://health.ninemsn.com.au/whatsgoodforyou/theshow/694458/are-cockroaches-as-dirty-as-we-all-believe


 

Sekian,,
















Wednesday, September 7, 2011

UPSR, PMR, SPM |





Salam,,



  Selamat menjawab peperiksaan kepada semua adinda-adinda ku, haha. Bonda kita semua pasti senantiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya. Teruskan berjuang jangan pernah kenal erti kalah. Memang exam beramai-ramai lah korang tahun ni, haha. ALL THE BEST !!!



الله يوفق اموركم~                 




*seronok korang beraya kan?? bergambar sakan,,huhu,,

| Barakallahulakuma








Salam,,



  Kali gua post special untuk sahabat seperjuangan, saudara Ali Zaki yang baru melangsungkan perkahwinan pada 3 september yang lalu. Gua rasa nak beli je tiket balik malaysia nak tengok beliau kahwin. Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Elok-elok boleh makan nasi minyak, bubur lambuk je la yang dapat.



*kalau macam ini gayanya bubur,,nasi minyak pon gua tak pandang,,


  Beberapa hari setelah saudara Ali Zaki pulang ke tanah air, kira-kira bulan Jun yang lalu.

Ali   : Salam. Anta balik tak tahun ni?
Gua : Ana tak balik kot, baru first year kan. Kenapa?
Ali   : Eh, baliklah!
Gua : Kenapa? Ada program ke?
Ali   : Beli tiket dulu, nanti ana bagi tahu.
Gua : Takpe lah, next year ana balik lah....


  Kalau gua tahu beliau nak nikah, memang gua balik, haha. Ali Zaki ni berkias-kias sangat. Sedih gila gua rasa. Tak kan nak suruh dia kahwin lagi satu kot, hehe.





  Apa-apa pun, gua ucapkan tahniah kepada anda berdua. Lelaki yang baik memang diciptakan untuk bersama wanita yang baik. Gua tahu ada yang frust menonggeng tengok mamat ni dah nikah, haha.




24:26



Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision.






Benda baik jangan ditangguh,,

Sekian,,

Thursday, September 1, 2011

Raya 1.0 |





Salam Syawwal,,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin,,


‎~كل عام وانتم بـخير




  Alhamdulillah raya gua tahun ni bersama sisa-sisa student Malaysia di bumi Jordan yang masih berbaki ni. 
Walaupun first time raya tanpa keluarga disisi, tapi gua still rasa suasana raya tu hidop, haha. Mana taknya, 
kalau lu orang nak sembang pasal makanan raya, semua ada kat sini. Kalau pon kurang, duit raya je la takde
tahun ni, hehe. Takkan la member-member gua plak nak hulur kan!! Haha.






*habis terlupa yang part tengah tu,,setahun sekali punye pasal,,hihi




  Malam raya hari tu, kita orang kat sini dipecahkan kepada beberapa group untuk pergi bertakbir kat umah
student-student perempuan. Gua pon turun sekali lah, walaupon tengah sibuk buat kuih raya time tu. Selesai 
bertakbir kat rumah tu, diorang hidang pulak mee goreng dengan nasi impit kuah kacang, kuih-kuih raya pon 
jugak. Memang naik sheikh la gua malam tu, hehe.










*memang rewang abes lah malam tu,,bertabur rumah gua!!haha






  Lepas je solat sunat raya, terus budak-budak ni gerak beraya rumah ustaz-ustaz PhD. Gua nak ikot gak, 
tak mampu beb. Gua da padam dulu, haha. Dalam kol 9.30 pagi tu gua start lah memenuhi jemputan-
jemputan raya, cewwaahh!! Huuhu. Sampai jam 11.30 malam gua baru habis beraya. Rasa macam nak 
meletop gila lah perut ni. Qadha' sebulan punya puasa, hahahah.








*memang taknak kalah punya,,Dodol pon ada tau,,




  Lu orang list je lah, apa yang gua tak makan, semua ada. Nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, soto, 
rendang, sambal sotong, roti jala, mee bandung, serunding, entah apa-apa lagi lah, gua dah tak ingat, haha.
Puas hati melantak, hehe.






*rela ke tak, mmg kena buat gak la,,dah terdesak,,hehe


*haa,,lu orang ingat budak laki ni tak boleh buat kueh ke?? huhu




*gua pon take part jugak,,walaupon rumah telah dikorbankan (pusat rewang)

*taraaang!! siap lagi satu kuih raya,,

*credits to Mohd Nur Afiq,,dia ni memang man of the match la untuk sesi kali ni,,


*cam ni lah suasana lepas solat sunat raya,,

*ni je lah budak-budak yang sempat bersolat hari raya (batch gua lah)
Mana gua jangan ditanya,,haha




  Masuk raya kedua a.k.a semalam, terus gua ambik langkah berjaga-jaga. Start terus puasa enam, kalau 
tak??? Fuhhhh, meletop.




Sekian,,


Selamat berpuasa enam,,