Sunday, September 18, 2011

| Lipas sama macam kucing???



Salam,,



   Haaaaaa! Pening juga masa gua mula-mula dengar statement ni. Biar betul pak cik ni? gua bermonolog dalaman je lah. 



*waaaah! comelnya~







*lipas dua sejoli~




   Lu orang tengok lah sendiri mana persamaannya?? Gua pun dah mati akal cari titik persamaan antara dua spesies ni. Gua dapat statement " lipas sama je macam kucing kamu tahu? " dari seorang pakcik yang study bahasa arab kat pusat bahasa dalam universiti. Gua tak puas hati, tanya lagi sekali. " Eh, betul! Saya baca dalam buku lah benda tu, " pakcik tu reply. Alamak jammed gua.




*terima kasih banyak la pakcik~


  Pakcik ni bukan sebarang pakcik tau, walaupun nampak sempoi je. Gua kasi la sikit biodata pakcik ni untuk tatapan lu orang.

  Nama : Che Hussain bin Jusoh
  Pendidikan : Degree + Master di Hull, UK.
  Pekerjaan : Director, Business and Financial Advisory di Atarek Kamil Ibrahim & Co
  Sebab datang ke Jordan : Belajar bahasa arab di markaz lughah


  Gua memang respect abes la pakcik ni sbb dia boleh duduk gaya student cam gua and member-member lain walaupun dia pasti hidup mewah kat Malaysia. Lepak sekali pastu kadang-kadang 'sentap-menyentap' sekali, haha.


*semua khusyuk fikir macam mana nak dapat modal ratus2 ribu untuk beli saham!!


  Serabut gua pagi tu kemas umah sebab nak buat talk ni, haha. Bujang biasa la kan, lepas tu member-member gua pon selalu datang lepak, memang tongkang pecah la kan!! Gua still rasa seronok sebab ada member-member nak datang lepak walaupun bersepah sikit, haha.



*gua kejang sebentar bila dengar kucing sama macam lipas, hehe~


  Pulak dah!!! Kemana-mana dah gua menyimpang ni. Nak citer pasal lipas ngan kucing tak start-start lagi, huhu. Takpe lah, apa-apa pon, lipas yang kite sangka kotor dan jijik tu serangga yang sering membersihkan dirinya sama seperti kucing.


  Lu orang baca lah sendiri kat link-link ni. Malas pulak gua nak tulis panjang-panjang, haha.

http://blog.hmns.org/?tag=cockroaches-are-clean

http://health.ninemsn.com.au/whatsgoodforyou/theshow/694458/are-cockroaches-as-dirty-as-we-all-believe


 

Sekian,,
















Wednesday, September 7, 2011

UPSR, PMR, SPM |





Salam,,



  Selamat menjawab peperiksaan kepada semua adinda-adinda ku, haha. Bonda kita semua pasti senantiasa mendoakan kejayaan anak-anaknya. Teruskan berjuang jangan pernah kenal erti kalah. Memang exam beramai-ramai lah korang tahun ni, haha. ALL THE BEST !!!



الله يوفق اموركم~                 




*seronok korang beraya kan?? bergambar sakan,,huhu,,

| Barakallahulakuma








Salam,,



  Kali gua post special untuk sahabat seperjuangan, saudara Ali Zaki yang baru melangsungkan perkahwinan pada 3 september yang lalu. Gua rasa nak beli je tiket balik malaysia nak tengok beliau kahwin. Tapi apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Elok-elok boleh makan nasi minyak, bubur lambuk je la yang dapat.



*kalau macam ini gayanya bubur,,nasi minyak pon gua tak pandang,,


  Beberapa hari setelah saudara Ali Zaki pulang ke tanah air, kira-kira bulan Jun yang lalu.

Ali   : Salam. Anta balik tak tahun ni?
Gua : Ana tak balik kot, baru first year kan. Kenapa?
Ali   : Eh, baliklah!
Gua : Kenapa? Ada program ke?
Ali   : Beli tiket dulu, nanti ana bagi tahu.
Gua : Takpe lah, next year ana balik lah....


  Kalau gua tahu beliau nak nikah, memang gua balik, haha. Ali Zaki ni berkias-kias sangat. Sedih gila gua rasa. Tak kan nak suruh dia kahwin lagi satu kot, hehe.





  Apa-apa pun, gua ucapkan tahniah kepada anda berdua. Lelaki yang baik memang diciptakan untuk bersama wanita yang baik. Gua tahu ada yang frust menonggeng tengok mamat ni dah nikah, haha.




24:26



Evil words are for evil men, and evil men are [subjected] to evil words. And good words are for good men, and good men are [an object] of good words. Those [good people] are declared innocent of what the slanderers say. For them is forgiveness and noble provision.






Benda baik jangan ditangguh,,

Sekian,,

Thursday, September 1, 2011

Raya 1.0 |





Salam Syawwal,,

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin,,


‎~كل عام وانتم بـخير




  Alhamdulillah raya gua tahun ni bersama sisa-sisa student Malaysia di bumi Jordan yang masih berbaki ni. 
Walaupun first time raya tanpa keluarga disisi, tapi gua still rasa suasana raya tu hidop, haha. Mana taknya, 
kalau lu orang nak sembang pasal makanan raya, semua ada kat sini. Kalau pon kurang, duit raya je la takde
tahun ni, hehe. Takkan la member-member gua plak nak hulur kan!! Haha.






*habis terlupa yang part tengah tu,,setahun sekali punye pasal,,hihi




  Malam raya hari tu, kita orang kat sini dipecahkan kepada beberapa group untuk pergi bertakbir kat umah
student-student perempuan. Gua pon turun sekali lah, walaupon tengah sibuk buat kuih raya time tu. Selesai 
bertakbir kat rumah tu, diorang hidang pulak mee goreng dengan nasi impit kuah kacang, kuih-kuih raya pon 
jugak. Memang naik sheikh la gua malam tu, hehe.










*memang rewang abes lah malam tu,,bertabur rumah gua!!haha






  Lepas je solat sunat raya, terus budak-budak ni gerak beraya rumah ustaz-ustaz PhD. Gua nak ikot gak, 
tak mampu beb. Gua da padam dulu, haha. Dalam kol 9.30 pagi tu gua start lah memenuhi jemputan-
jemputan raya, cewwaahh!! Huuhu. Sampai jam 11.30 malam gua baru habis beraya. Rasa macam nak 
meletop gila lah perut ni. Qadha' sebulan punya puasa, hahahah.








*memang taknak kalah punya,,Dodol pon ada tau,,




  Lu orang list je lah, apa yang gua tak makan, semua ada. Nasi impit, kuah kacang, kuah lodeh, soto, 
rendang, sambal sotong, roti jala, mee bandung, serunding, entah apa-apa lagi lah, gua dah tak ingat, haha.
Puas hati melantak, hehe.






*rela ke tak, mmg kena buat gak la,,dah terdesak,,hehe


*haa,,lu orang ingat budak laki ni tak boleh buat kueh ke?? huhu




*gua pon take part jugak,,walaupon rumah telah dikorbankan (pusat rewang)

*taraaang!! siap lagi satu kuih raya,,

*credits to Mohd Nur Afiq,,dia ni memang man of the match la untuk sesi kali ni,,


*cam ni lah suasana lepas solat sunat raya,,

*ni je lah budak-budak yang sempat bersolat hari raya (batch gua lah)
Mana gua jangan ditanya,,haha




  Masuk raya kedua a.k.a semalam, terus gua ambik langkah berjaga-jaga. Start terus puasa enam, kalau 
tak??? Fuhhhh, meletop.




Sekian,,


Selamat berpuasa enam,,