Saturday, November 19, 2011

Selamatharijadi, Sanahhelwah, Happybirthday |




Salam,,



  Hari ni gua nak post special untuk ibu tercinta gua, HAJJAH MARIAM BINTI HAJI MOHD NOR bernombor kad pengenalan 621120-05-5244 (*ingat lagi tuh~hehe). Hari ni genaplah umurnya 49 tahun (*tak tua lagi lah, akhir belia), huhu.


*kek ni pun boleh lah kan???huhu~

  Gua masih ingat lagi pesan ibu time beliau hantar gua dekat KTM Rawang, dan gua akan terus sentiasa ingat. Pesanan simple je, tapi beliau tak pernah lupa pesan. Setiap kali gua salam je, terus beliau sebut tiga perkara ni :-
                    1- Belajar betul-betul
                    2- Solat jangan lupa
                    3- Jangan buat benda tak senonoh
Kadang-kadang gua kelakar jugak dengar pesanan yang ketiga tu, tapi itulah yang penting, hehe.



  Gua yakin dan percaya yang lu orang punya hidup, konfem banyak dipengaruhi oleh ibu-ibu lu orang kan. Kalau tak, gua tak tahu lah, yang penting dari langkah pertama hidup gua memang ibu gua banyak mempengaruhi gua. Beliau seorang yang sangat simple, dulunya garang, tapi sekarang dah sporting,huhu.

  Masa kecil-kecil dulu kan, gua pernah masuk pertandingan bercerita dalam bahasa inggeris, gua dapat johan dan jadi famous sekejap, walaupun baru darjah satu. Gua pergi mana-mana je semua abang dan kakak darjah 6 suruh gua bercerita, gua pun tanpa segan silu buat sebijik macam atas pentas tu, haha. Gua johan, gua famous semuanya bermula daripada jurulatih tetap gua, my mom, huhu. Thanks mom~





  Ibu gua jugak lah orang yang mula-mula ajar gua ngaji al-Quran, dari alif ba ta sampai lah muqaddam sampai lah iqra' sampai lah ke al-Quran. Bila gua ngaji je kat ustaz-ustaz atau pakcik-pakcik, ramai yang cakap, "Bagusnya awak baca Quran, siapa yang ajar?? " . Siapa lagi, IBU gua lah, huhu. Beliau memang keras sikit ngajar Quran ni, gua pun tension jugak kadang-kadang, tapi hasil dia....



*gua boleh ngaji dengan baik~


  Gua tengok, ramai budak-budak atau member-member gua sendiri tension pasal pelajaran walaupun bagi gua, markah dorang tu dah ok. Bila gua tanya apa pasal, dorang jawab, " nanti mak aku bising lah, ". Gua sentiasa bahagia bersama bondaku, sekalipun beliau tak pernah pressure gua, cool je. Thanks again mom.

  Sekarang ni gua study kat Jordan, budak-budak kat sini banyak yang kenal gua sebab gua boleh masak. Semuanya bermula sebab gua suka tengok ibu masak, masakan yang sentiasa simple, cepat, mudah dan lazat, haha. Sebab Ibu gua lagi~


*kemana tumpahnya kuah??


  Saat gua terima tawaran untuk belajar di Jordan dulu, menyusul pulak tawaran daripada UIA. Gua dah memang rasa syok sebab dapat study oversea, ibu boleh pulak cakap macam ni, " Study UIA je lah long, senang ," . Gua tau ibu banyak benda nak harap daripada gua, namun beliau relakan je gua belajar kat Jordan. Syukran Ummi~
 

  IBU, daku selalu mengharapkan doamu senantiasa mengiringi perjuanganku ini, moga-moga diriku bisa menjadi hamba bertaqwa, anak yang baik, insan yang bermanfaat~

~S.e.l.a.m.a.t.H.a.r.i.L.a.h.i.r~
  Teruskan mendidik anak-anakmu,,


Sekian,,

Wednesday, November 16, 2011

| Buat Adindaku~

Salam,,




*kalau depan komputer memang serius lah kan~huhu


  Pertama-tamanya, gua tahu hari ni keluar result UPSR. Adik gua yang kat depan komputer tu punya result lah kan, haha. Gua kenal adik gua ni bukan seorang yang rajin sangat nak study (*padahal gua pun sama), tapi banyak bakat lain ataupun kebolehan yang terdapat pada adinda gua yang ni, hehe.


*tahniah lah untuk brader ni walau kita tek pernah mengenali. haha


  Buat adindaku, MUHAMMAD ZUBAIR BIN SA'MIN, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menciptakan sesuatau makhluk itu untuk membinasakannya, apatah lagi kita manusia sebaik-baik ciptaan juga khalifah di muka bumi ini.


*tengok ayat nombor 4 tu ya~


  Sehingga saat ini kekanda masih belum mengatahui result adinda berapa, namun apapun keputusan yang telah diterima, sujudlah tanda syukur, sentiasalah lakukan koreksi diri, supaya tidak tersasar dari jalan-NYA.
Setiap jiwa yang dilahirkan tidak akan pernah sama, dan setiap jiwa itu jua mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk kita saling melengkapi.





  Sesungguhnya akademik bukanlah kayu ukur sebenar untuk kehidupan seseorang insan yang mulia. Biarpun impaknya besar dalam kehidupan hari ini. Carilah di mana kekuatan dirimu adindaku, lalu asahlah ia sebaiknya. Daku tidak pernah berharap untuk melihat adinda berjaya semata dalam akademik, namun kecundang secara kesuluruhan dalam akhlak dan perdaban.


"DAKU SENTIASA MENDOAKANMU"

Sekalung tahniah kerana berjaya samapai ke tahap ini~

Sekian,,