Wednesday, November 16, 2011

| Buat Adindaku~

Salam,,




*kalau depan komputer memang serius lah kan~huhu


  Pertama-tamanya, gua tahu hari ni keluar result UPSR. Adik gua yang kat depan komputer tu punya result lah kan, haha. Gua kenal adik gua ni bukan seorang yang rajin sangat nak study (*padahal gua pun sama), tapi banyak bakat lain ataupun kebolehan yang terdapat pada adinda gua yang ni, hehe.


*tahniah lah untuk brader ni walau kita tek pernah mengenali. haha


  Buat adindaku, MUHAMMAD ZUBAIR BIN SA'MIN, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menciptakan sesuatau makhluk itu untuk membinasakannya, apatah lagi kita manusia sebaik-baik ciptaan juga khalifah di muka bumi ini.


*tengok ayat nombor 4 tu ya~


  Sehingga saat ini kekanda masih belum mengatahui result adinda berapa, namun apapun keputusan yang telah diterima, sujudlah tanda syukur, sentiasalah lakukan koreksi diri, supaya tidak tersasar dari jalan-NYA.
Setiap jiwa yang dilahirkan tidak akan pernah sama, dan setiap jiwa itu jua mempunyai kelebihan dan kekurangan untuk kita saling melengkapi.





  Sesungguhnya akademik bukanlah kayu ukur sebenar untuk kehidupan seseorang insan yang mulia. Biarpun impaknya besar dalam kehidupan hari ini. Carilah di mana kekuatan dirimu adindaku, lalu asahlah ia sebaiknya. Daku tidak pernah berharap untuk melihat adinda berjaya semata dalam akademik, namun kecundang secara kesuluruhan dalam akhlak dan perdaban.


"DAKU SENTIASA MENDOAKANMU"

Sekalung tahniah kerana berjaya samapai ke tahap ini~

Sekian,,

No comments:

Post a Comment