Salam,,
Haaaaaa! Pening juga masa gua mula-mula dengar statement ni. Biar betul pak cik ni? gua bermonolog dalaman je lah.
*waaaah! comelnya~ |
*lipas dua sejoli~ |
Lu orang tengok lah sendiri mana persamaannya?? Gua pun dah mati akal cari titik persamaan antara dua spesies ni. Gua dapat statement " lipas sama je macam kucing kamu tahu? " dari seorang pakcik yang study bahasa arab kat pusat bahasa dalam universiti. Gua tak puas hati, tanya lagi sekali. " Eh, betul! Saya baca dalam buku lah benda tu, " pakcik tu reply. Alamak jammed gua.
*terima kasih banyak la pakcik~ |
Pakcik ni bukan sebarang pakcik tau, walaupun nampak sempoi je. Gua kasi la sikit biodata pakcik ni untuk tatapan lu orang.
Nama : Che Hussain bin Jusoh
Pendidikan : Degree + Master di Hull, UK.
Pekerjaan : Director, Business and Financial Advisory di Atarek Kamil Ibrahim & Co
Sebab datang ke Jordan : Belajar bahasa arab di markaz lughah
Gua memang respect abes la pakcik ni sbb dia boleh duduk gaya student cam gua and member-member lain walaupun dia pasti hidup mewah kat Malaysia. Lepak sekali pastu kadang-kadang 'sentap-menyentap' sekali, haha.
*semua khusyuk fikir macam mana nak dapat modal ratus2 ribu untuk beli saham!! |
Serabut gua pagi tu kemas umah sebab nak buat talk ni, haha. Bujang biasa la kan, lepas tu member-member gua pon selalu datang lepak, memang tongkang pecah la kan!! Gua still rasa seronok sebab ada member-member nak datang lepak walaupun bersepah sikit, haha.
*gua kejang sebentar bila dengar kucing sama macam lipas, hehe~ |
Pulak dah!!! Kemana-mana dah gua menyimpang ni. Nak citer pasal lipas ngan kucing tak start-start lagi, huhu. Takpe lah, apa-apa pon, lipas yang kite sangka kotor dan jijik tu serangga yang sering membersihkan dirinya sama seperti kucing.
Lu orang baca lah sendiri kat link-link ni. Malas pulak gua nak tulis panjang-panjang, haha.
http://blog.hmns.org/?tag=cockroaches-are-clean
http://health.ninemsn.com.au/whatsgoodforyou/theshow/694458/are-cockroaches-as-dirty-as-we-all-believe
Sekian,,